Tuesday 4 September 2012

Menyelam untuk mencari

"Eh..Muaz, bukan kau patut pergi mukhayam ke hari ni?" tanya Azri yang baru sahaja habis bermain bola sepak. Bajunya masih basah dengan peluh. Sesekali dia mengibas-ngibas kolar bajunya, mencari sedikit angin.

Muaz menggelengkan kepalanya, perlahan. "Aku ada kerja lain..". Dia mula melangkah pergi.

Namun, Azri menahannya dengan lembut. "Hei kawan, kenapa ni? Bukankah kau salah seorang AJK program?"

Muaz mengeluh lesu. Langkahnya dihalakan ke arah rimbunan pokok yang rendang. Azri hanya mengikuti. Dia tahu sahabatnya sedang berlawan dengan perasaannya sendiri ketika itu.



"Buat apa aku pergi, kalau aku bekerja dalam kumpulan yang tak ada perasaan?". Muaz merebahkan punggungnya di atas kerusi kayu yang masih utuh walaupun lumut-lumut hijau mula kelihatan di bahagian tepinya.

"Huh? Aku ingatkan batu je yang tak ada perasaan?" Azri mengerutkan wajahnya sambil menatap wajah Muaz. Dia memandang dengan serius.

Muaz memandangnya kembali. Mata bertentang mata. Lantas mereka berdua tertawa berdekah-dekah. 

Laju tangan Muaz memukul bahu Azri. Pap!

"Aku serius ni, kau main-main pula", ujar Muaz sambil menahan ketawa.

"Haha. Barulah nampak kau senyum, senang hati aku.kuang3". Azri merangkul bahu Muaz. 

"Hmm, aku tak nafikan mukhayam tu program keagamaan kampus kita..program yang bagus. Tapi para AJK lupa bahwa mereka bekerja dengan MANUSIA, bukan ROBOT!".

Azri tekun mendengar.

Muaz menyambung lagi,"sepatutnya para AJK perlulah memahami antara satu sama lain. Apa yang masing-masing suka dan tak suka. Pernah atau tak antara AJK itu mengambil inisiatif untuk berjumpa seorang dua AJK lain untuk bercerita selain daripada KERJA?Untuk ketawa sama-sama? Pernah antara AJK tu bertanya khabar, hari ni mood ceria atau tak?"

Azri melemparkan pandangannya ke arah pokok yang meninggi. Bait-bait ayat daripada Muaz cuba dicernakan sebaiknya.

"Ini tidak, berjumpa pasti tidak lain, hanya untuk PROGRAM dan AKTIVITI! Sehingga antara AJK menjadi muak melihat muka masing-masing. Bosan."


............................................................................................................................

Oh ini sekadar cebisan pengalaman KID yang hina dina ni. Menulis dalam keadaan gelap pekat tengah malam. 

Sedar tak sedar wahai para aktivis juga du'at. Kamu mengimpikan objektif akhir kamu tercapai akhirnya. Kejayaan milik kamu. Tiada istilah gagal!
Namun..tapi..kamu terlupa, bahawa kejayaan itu WAJIB mendaki tangga-tangga yang kecil, yang kelihatannya tidak berharga pun. Sedar tak sedar itulah punca kejayaan. Ini kerana gerak kerja Islam amatlah berlainan dengan para kuffar, kita meraikan walau sekecil-kecil kebaikan dalam kerja kita, walau sekali pandang dilihat seperti melambatkan proses kejayaan.

Adakah memandang remeh sesuatu kebaikan yang kecil itu dibolehkan?

Tidak!

Tidak!

Perkara yang dianggap kecil seperti bersugi, melemparkan senyuman dan berUKHUWAH itu memberi impak yang amat besar sebenarnya. Malah banyak lagi sunnah-sunnah yang kita anggap kecil, sedihnya..

Pernah satu ketika kita mendengar kawan kita enggan memenuhi ajakan kita untuk ke program agama dengan alasan dia ingin mengulang kaji pelajaran, lalu dengan senang hatinya kita menuduhnya sebagai pemalas dan tak tahu keutamaan(baca : awlawiyat)

Hei! Salahkan diri kau tu sendiri. Berapa juta pengorbanan yang dah kau buat untuk ukhuwah antara kau dan dia?

Selami perasaan, tapi jangan sampai lemas!

Ooo..tolong!! LEmas2


Cuba cari masa dan peluang untuk beramah mesra dengan sahabat kita. Cuba cari topik-topik yang kurang berkaitan dengan kerja atau aktiviti. Ceritalah tentang keluarga atau kisah silam masing-masing. Mana tahu dia mula tertarik dengan keterbukaan kita, lalu mula meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini. 

Namun, jangnlah sampai kita lemas dalam alasan-alasan yang diberikan. Timbanglah yang mana perasaannya dan alasannya.

Anak sulung

Dalam kongsi-kongsi cerita KID dan kawan-kawan, KID mahu melontarkan sebuah idea bahawa turutan adik-beradik pun ada kesan psikologi. Oleh kerana psikologi ini perkara subjektif yakni tidak tetap, maka perkara tetap boleh dibangkang.

KID merasakan anak sulung amat memerlukan kasih sayang daripada seorang abang atau sahabat. Lebih-lebih lagi mereka yang kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga, atau mereka yang menetap di asrama sepanjang tempoh sekolah menengahnya. Maka, tempoh kehidupan remaja mereka banyak dibentuk oleh suasana rakan-rakan dan guru mereka.

Anak sulung sekadar contoh, setiap peringkat dan latar belakang sahabat wajar diteliti supaya psikologi masing-masing dapat diraikan. Paling penting, hak-hak ukhuwah dapat diberikan!


Di Barat sudah berlambak buku-buku motivasi terutamanya berkenaan kerjasama kumpulan. Salah satu pengarang yang popular ialan John C. Maxwell (buku berkaitan kepimpinan) dan Steven Covey (buku berkaitan diri sendiri). Sekadar kemampuan KID yang membaca buku-buku BArat ni, sebenarnya teori yang mereka ulang-ulang adalah teori UKHUWAH yang diajar oleh Sang Kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W. Mereka mengulasnya mengikut keadaan setempat, namun dasarnya tetap sama. 

Jom teliti hadis ini!

Rasulullah salallahu'alaihi wa sallam pernah bercerita:


Seorang laki2 berkunjung kepada saudaranya kerana Allah. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat unk mengikuti laki2 itu.

Malaikat bertanya 'Mau kemana engkau?',

Laki2 itu menjawab 'Aku mau mengunjungi saudaraku, si Fulan'.

Malaikat berkata 'Apakah engkau punya keperluan dengannya?'

Laki2 itu menjawab 'Tidak ada!',

Malaikat berkata 'Apakah ada pertalian kerabat antara engkau dan dia?',

Laki2 itu menjawab 'Tidak!',

Malaikat berkata 'Barangkali ada satu nikmatnya dgn kunjunganmu kepadanya?',

Laki2 itu menjawa 'Tidak!',

Malaikat bertanya 'Kalau begitu apa keperluanmu?'

Laki2 itu menjawab 'Aku menyenangi dia kerana Allah'

Malaikat berkata 'Sesungguhnya Allah telah mengutus aku untk menyampaikan berita padamu bahwa Allah mencintaimu kerana engkau mencintainya. Maka Allah telah mewajibkan kamu masuk surga 
(HR Muslim)



Rasa bahagia kan baca hadis ni? 

Tak bahagia??haha.habislah!!

Namun, jangnlah dilupa. Tujuan utama berbuat sesuatu kebaikan itu ialah ingin mendapat reda Allah. Hal-hal seperti ukhuwah, kefahaman, ilmu dan lain-lain akan datang selepas itu. Apa yang penting, ikhlaskanlah hati! 

Cuba cabar diri kita untuk keluar dari zon selesa. 
Kalau kita jenis susah nak bercerita, cuba paksakan diri bercerita sekali sekala. 
Kalau kita jenis malas bermusafir bersama, cuba cabar diri keluar demi ukhuwah. 
Kalau diri kita jenis malas berkunjung ke bilik-bilik, cuba tegaskan kepada diri bahawa itu pasti dihargai! Jika tidak oleh manusia, Allah pasti memandangnya!

4 comments:

  1. kerana manusia itu bukan robot. :)

    ReplyDelete
  2. tapi sometimes, mungkin ada orang yang jiwanya sgt2 thabit pada kerja2 agama ni. ikut keadaan . sesuaikan dengan masa dan tempat ^^

    good articleeeee.

    ReplyDelete
  3. yup2!!mmg ade org cmtu n aku dh jumpe,cuma KURANG menepati sunnah lah,sedangkan Nabi pun Subuh2 dia akan bertanya khabar sahabat,mimpi apa mlm tdi? Banyak lg sunnah Nabi yg kurang di'explore'

    ReplyDelete