Gelap,
Kelam,
Malam, Suram..
Aku berlari, seringkali terjatuh,
Aku tak peduli, walau selalu mengeluh,
Terpandang sekilas seutas tali,
Pantas aku menggarap ia,
Takut-takut ia lari,
Aku genggamnya kejap-kejap,
Aku mengharap ia memandu,
Aku hanya ingin tahu,
Apa ada di atas ya?
Aku cuba memanjat..
Ah!
Baru ku tarik sudah terputus,
Pangkalnya jatuh dihadapanku,
Aku kembali berlari, dalam kelam
Mana jalannya,
Mana petunjuknya..
Dalam sibuk aku berlari,
Jatuh berkali-kali,
Aku temu batang besi,
Aku capai, aku garap kuat-kuat,
Cemas jika terlepas,
Aku cuba ikut, mana dia membawaku,
Hampir separuh perjalanan,
Ia pecah!
Aku menangis!
Aku meraung!
Mana jalannya?
...........................................................................
"Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang BINGUNG, lalu Dia memberikan PETUNJUK"
(Ad-Duha: 7)
Allah yang tahu jalan dihadapanmu,
maka kenapa berpegang pada yang ragu?
Manusia itu RAPUH,
sedangkan ALLAH itu UTUH,
mengapa bergantung kepada manusia lagi?
Akal itu terbatas,
namun ILMU Allah tiada batas,
mengapa percaya bulat-bulat akalmu berbanding WAHYU?
(Pesanan ikhlas dari RTM.eh?maaf.
carik skrip jap...oh dah jumpe.ehem!
Pesanan khas buat semua! Tak kiralah budak tarbiyah yang dah tau matlamat hidup manusia, atau budak dakwah yang berpeluh menyebarkan deen Allah, atau budak society yang sibuk bagai naik turun pejabat, atau budak yang masih mencari APA MATLAMAT HIDUP MANUSIA?)
so deep.. ada yang tak berapa tangkap hidden / double meaning.
ReplyDeletejuz nak TEKANKAN pergantungan kita kepada ALlah di tahap mana?
ReplyDeleteAdakah pergantungan kpd ukhuwah tu lagi tinggi?
Atau pergantungan kepada JEMAAH tu lagi tinggi?
Atau..
Atau..